Berikan pendapat anda tentang kepentingan Bangunan-Bangunan Bersejarah.
Dalam meniti zaman atom ini, remaja kini terlalu sibuk dengan dunia sekarang sehingga alpa bahawa di negara kita, Malaysia mempunyai banyak bangunan bersejarah tanpa menghayati sejarah-sejarahnya. Bangunan-bangunan bersejarah merupakan peninggalan zaman dahulu. Jika dilihat dengan teliti bangunan-bangunan ini mempunyai nilai budaya dan kesenian yang tersendiri. Hal ini kerana, kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya. Bangunan bersejarah ini juga mencirikan identiti negara dan merakam sejarah penting negara.Oleh itu,pemeliharaan bangunan bersejarah memang penting di Malaysia.Persoalannya kini, apakah kepentingan bangunan bersejarah ini kepada kita?
Antara kepentingannya ialah kita dapat mendalami dan mempelajari sejarahnegara kita. Melalui cara ini, kita lebih mendalami fakta sejarah jika dapat melihatkesan peninggalannya sendiri. Golongan pelajar akan lebih berminat dalam sejarah negara ini. Kerajaan haruslah mewujudkan matapelajaran sejarah di seluruhsekolah di Malaysia sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah.Lawatan ke tempat bersejarah merupakan antara cara pembelajaran yang berkesan.Sebagai contoh, setiap Persatuan Sejarah di sekolah perlulah mengadakan lawatanke A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad dan banyak lagi boleh mengingatkankita tentang sejarah negara ini. Tegasnya, janganlah kita mengulangi peristiwahitam yang pernah berlaku di negara ini. Biar putih tulang jangan putih mata.
Seterusnya, bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonomi dari segitarikannya kepada pelancong. Hal ini kerana, tempat-tempat yang mempunyaikesan peninggalan sejarah sudah tentu akan menjadi tarikan tumpuan pelancong.Melalui cara ini, dapat membantu perkembangan industri pelancongan danmembawa wang asing masuk. Perkembangan ekonomi negara juga akanmeningkat dan menebusi ekonomi antarabangsa. Tamsilnya, Kubu Cornwallis diPulau Pinang dan Stesen Keretapi di Kuala Lumpur. Bangunan-bangunansebeginilah akan menarik tumpuan pelancong untuk melihat keunikan bangunantersebut. Hal ini kerana, dimana ada gula disitu ada semut. Sudah terang lagi bersuluh, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah berbangga dengan bangunan yang sedia ada di negara kita dan janganlah kita memandang sebelah mataterhadap bangunan ini.
Dalam nada yang berbeza, bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak bergantung pada latar tempatnya. Jika membuat filem yang bertemakan peristiwa bersejarah, bangunan bersejarah perlu digunakan. Contohnya, filem µPolice Story III lakonan JackyChan di Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan MahkamahPersekutuan dan Stesen Kereta Api. Jelaslah bahawa terdapat syarikat perfilemannegara asing yang menjalankan pengambaran di Malaysia. Hal ini menjadikanMalaysia terkenal dan berdiri gah di persada dunia.
Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan nilaiestetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan bersejarah jugamempunyai seni bina yang halus yang bercorakkan budaya bangsa. Kita dapatmenghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada zaman silam. Kitadapat menghayati keindahan dan keistimewaan budaya kita. Biar kita ambilcontoh, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional. Sebahagian besarnyadipengaruhi oleh penjajah yang menjajah di sesuatu negeri tersebut. Istana SeriMenanti dipengaruhi oleh pengaruh minangkabau. Tegasnya, bangunan iniharuslah di jaga dengan rapi agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan penyelidikan. Perkaraini amat penting bagi mereka yang meminati sejarah terutamanya para pengkajisejarah. Hal ini kerana, kewujudan bahan sejarah membuktikan sejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai contoh, kedatanganPortugis merupakan cerita yang benar bukannya dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda. Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan A Famosa yangdidirikan semasa Peperangan Tiga Segi yang melibatkan tiga buah negeri iaituAcheh, Melaka dan Johor. Jelaslah bahawa bangunan A Famosa masih berdiridengan gahnya sehingga ke hari ini.
Natijahnya, bangunan-bangunan bersejarah merupakan sebahagian besar daripada sejarah negara kita. Jika kita bandingkan bangunan bersejarah ini tiadatolok bandingnya dengan bangunan-bangunan yang dibina pada zaman eraglobalisasi ini. Hal ini kerana, bangunan-bangunan ini tidak terkira nilainya danmerupakan warisan bangsa. Sebagai generasi muda, kita haruslah memelihara bangunan-bangunan sebegini untuk penghayatan dan kepentingan semuakhususnya kepada generasi muda yang akan dating untuk dijadikan pengajaran.Akhir kata, janganlah kita alpa tentang sejarah yang berlaku di negara kita ini.Sejajar dengan mutiara kata bangsa yang tidak mempelajari sejarah pasti akanmengulanginya semula.
Main Entry: lol•li•pop